My Supergirls and Superheros~

Tuesday, January 22, 2013

Cegah penyakit ini! Pneumonia~



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia



Entri harini berdasarkan pengalaman sha bekerja di hospital..nk kongsi maklumat mengenai penyakit yang jarang org biase dgr tapi yang selalu kami jururawat2/doktor di hospital /terima..yela kan nama bekerja kt hospital mest la tau kn..iaitu penyakit Pneumonia yg selalu terjadi di kalangan dewasa dan kanak-kanak.Apakah Pneumonia? Nama mcm sedap je kn? tp jgn bg nama anak plak..he3..
Pneumonia adalah jangkitan/radang paru2 yg boleh membawa maut! terutama si kecil dan golongan tua. Sumber mengatakan setiap 20 saat boleh meragut 1 nyawa si kecil..Merupakan satu angka besar dan menakutkan,menjadikan penyakit ini adalah pembunuh nombor 1 di dunia bagi kanak2 bawah 5 tahun.
Tanpa kita sedar,penyakit ini bebas berkeliaran dengan pantas membunuh manusia kerana ia merebak secara perlahan yang bermula dengan selsema,batuk atau demam biasa sahaja.
Ok,sekarang kita nk tau mengenai simptom2/gegala,rawatan dan langkah pencegahan.


SIMPTOM-SIMPTOM
  • Demam,batuk lebih seminggu kadangkala demam sahaja diikuti dengan batuk yang tidak surut selama 3 hari.Kadang2 demam dan batuk datang secara serentak
  • Anak tidak aktif dan kurang selera makan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sering merengek(bayi dan kanak2)
  • Pernafasan berbunyi dan kelihatan tercungap2
  • Sejuk
  • Sakit dada
  • Dalam kes ekstrem/teruk bibir dan kuku jari berwarna kebiruan atau kelabu
RAWATAN
  • Selalunya kanak2 akan diberikan vaksin menentang pneumonia.Di Malaysia,vaksin pencegahannya tidak tersenarai dalam carta imunisasi kebangsaan,jadi kebanyakan ibu bapa mendapatkannya di hospital swasta.
  • Antibiotik yang diarahkan oleh doktor yang selalunya membantu melegakan
LANGKAH PENCEGAHAN


  • Menjalani gaya hidup sihat
  • Mengutamakan kebersihan diri
  • Mengamalkan penyusuan susu ibu
  • Elak di kawasan sesak
  • Menutup hidung ketika cuaca buruk



FAKTA
* Sebanyak 98 peratus daripada semua kematian kanak-kanak membabitkan pneumonia berlaku di negara membangun.
* Pneumonia boleh dicegah. Lebih sejuta nyawa kanak-kanak boleh diselamatkan menerusi penggunaan vaksin dan antibiotik, mengurangkan pencemaran udara dalaman dan melalui penyusuan susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama hidup.


                                                                                                                          
                                                                                                                Sumber :KKM

3 comments:

  1. Pneumonia ni paru paru berair kan kak . saya da pernah kena . sumpah sakit gile . lagi2 part xleh bernafas tu . alhamdulillah da ok . tp mcm ada balik je . langkah pencegahan tu bukan ada lagi ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Pneumonia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’ dan paru2 berair dikenali sebagai plueral effusion..kalau nk tau perbezaannya adik google..btw,thanks kongsi pengalaman adik kt cni..hope adik sihat dan xkn berulang lg..take care dear :-)

      Delete
  2. Bahaya juga yer penyakit paru-paru berair ni, saya ada kawan yang suaminya terkena penyakit paru-paru berair ni juga, masa tu doktor nak tebuk suaminya, tapi doktor terangkan dulu, kalau tebuk berisiko cecair tu akan datang semula, kalau tak tebuk pun berisiko. So kawan saya mencuba alternatif yang lain, alhamdullilah suaminya sekarang sihat walafiat dan terselamat dari penyakit ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Segala yang tercatat dalam blog ini adalah HAKMILIK : kkshakira.blogspot.com