My Supergirls and Superheros~

Saturday, June 22, 2013

Jom BerTANAKA !

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.


APA ITU BEDAK TANAKA?

FUNGSI BEDAK TANAKA~


- membantu menghapuskan jerawat, memudarkan parut, membuang bintik2 hitam/putih, mengurangi lebihan minyak di wajah, mencerahkan kulit, mengecilkan liang pori, mengurangi tanda2 penuaan awal seperti kedutan halus dan tompok2 gelap (jeragat) serta mengembalikan semula kelembapan kulit yang kering/lesu 

========================================================================

CARA PAKAI BEDAK TANAKA~


1) ambil secubit letakkan ke dalam piring (elakkan tangan basah atau titisan air masuk ke dalam bekas tanaka). Campurkan sedikit air, oleskan pada seluruh muka, tangan atau kaki.. Biarkan kering 30 minit, kemudian sental dan cuci dengan air bersih. Rasai kelembutan dan kehalusan kulit walau hanya dengan sekali pemakaian awal.

2) Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka.


*Tips: Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis


========================================================================

INFO PRODUK BEDAK TANAKA~


-nama produk didaftar, Taung Gyi-Mauk Mai THANAKHA
-di keluarkan oleh syarikat Libra Company Limited, mendapat pengiktirafan ISO 9001-2008
- lulus FDA (Myanmar dan Thailand)
- bebas bahan beracun/memudaratkan, lulus ujian makmal berprestij dari PSB (Singapura)
- isi kandungan: tanaka bermutu tinggi, air, gliserin, asid sitrik, ekstrak lemon, vitamin C, agen pencerah dan pengawet yang dibenarkan.
- mempunyai SPF10

========================================================================

PERHATIAN~


Untuk pengetahuan semua, kami hanya menjual bedak tanaka yang bukan re branding by NORA DANISH, sebab sangat susah nak dapatkan stok ada sticker /brand NORA DANISH tu.Kalau ada pun sangat mahal dan tak berbaloi, sebab yang bukan brand NORA DANISH ni pun sama je.. ingredient 100% sama, bau 100% sama , warna 100 % sama , Kalau anda nak tau, BEDAK TANAKA ni memang asal dari MYANMAR. So, yang NORA DANISH punya bedak tu pun asal dari Myanmar, ambil di tempat yang sama. Kilang sama, isi sama, bekas sama, kuantiti sama, kandungan sama, warna sama, & semuanya adalah SAMA 100%!

========================================================================

BAGI YANG BERMINAT BOLEH ORDER MELALUI SMS/WHATSAPP/WE CHAT SHA DI NO.013-5958276

ATAU KLIK DI SINI ----------> Best of BB Cream

****PERHATIAN KEPADA KAWAN2 BLOGGER,KALAU KORANG NAK ORDER,SHA AKAN BAGI HARGA ISTIMEWA DARI 22HB JUN 2013 SEHINGGA 22HB JULAI~~
****NANT MASE ORDER NGN SHA GTAU LA LINK KORANG EK..
****STOK TERHAD KEPADA 70 ORANG


Sunday, May 26, 2013

GIVEAWAY liptint from BELLONISTA BEAUTY~

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.


giveaway ini akan tamat 26/5/2013 jam 1159 pm!

sempat lagi kalau nak join!

Binatang aneh dijumpai yang menggemparkan!


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.



Di suatu kawasan pedalaman Derbyshire Countryside, England, seorang warga tempatan menemui sejenis makhluk yang pada mulanya kelihatan seperti seorang bayi. Namun setelah diamati secara dekat, warga tersebut mendapati makhluk tersebut menyerupai seorang manusia tetapi mempunyai sayap. Pihak polis telah mengambil makhluk tersebut untuk dikaji.

Menurut laporan dari hasil X-ray, makhluk tersebut memiliki struktur tulang mirip dengan susunan tulang pada badan, tetapi pada badannya terdapat sedikit rongga seperti serangga. Uniknya, ia juga memiliki rupa bentuk mirip dengan manusia. Mempunyai 2 tangan lengkap dengan 5 jari, dua kaki dan pada bahagian kepalanya terdapat lapisan jaringan kulit sangat tipis yang ditumbuhi rambut berwarna perang keemasan.

Lebih menyukarkan, makhluk ini mempunyai sayap dan badannya pula tersangat kecil di antara 10-20 cm tingginya. Mayatnya juga tidak membusuk malah mengering dan sama sekali tidak mengeluarkan bau busuk. Pada struktur sayapnya pula, ianya seolah-olah daun. Sayapnya mirip dengan struktur sayap serangga.

Sampai sekarang, pasukan forensik yang meneliti jasad makhluk ini belum dapat mengenal pasti sepenuhnya mengenai spesis (jenis) dan identiti makhluk terbabit. Menurut kesimpulan yang didapati, makhluk tersebut memilik struktur DNA mirip dengan DNA manusia, namun ianya terdapat banyak persamaan dengan serangga.

*Apa yang penting ianya makhluk Allah s.w.t juga~



Thursday, May 16, 2013

PIP AGAIN~



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Sha ni giler kamera kot..yela asal nmpak benda cantik je mest nak try..siap berposing lagi..husband sha siap gelarkan sha hantu kamera..kat mane2 je mesti nak berposing..Entahlah,pantang tgk benda2 baru or cantik2..sha suke..nak buat cmne terima jela isteri pa cmni ye..hehe..
Sha ade jumpe application for android iaitu PIP CAMERA..sekarang ni nak dikatakan semua pakai android phone kn..search je kt PLAYSTORE..dah jumpe upload la,korang pasti teruja!









THANKS YOU!


KISAH BENAR : ERTI PERSAHABATAN YANG SEBENAR~


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Sepanjang sha bekerja sebagai jururawat,ini adalah kisah yang paling menghayat hati yang pernah sha dengar..Cerita ini adalah kisah sebenar dari pesakit kami..
Pada tarikh 10 Mei ,kami menerima seorang pesakit yang baru sahaja selesai pembedahan pemindahan buah pinggang(renal transplant)..Pesakit tersebut berumur 18 tahun yang bernama Mohd Azmi(bukan nama sebenar)..
Ada kisah disebalik buah pinggang Mohd Azmi..

Mohd Azmi telah mengetahui bahawa beliau mendapat penyakit kegagalan buah pinggang akibat kesan ubat yg dimakannya(xingat ubat ape)..Ini mengakibatkan beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk admit wad untuk beberapa hari untuk pemantauan..Dan paling menyedihkan Azmi terpaksa menunggu giliran untuk dapat buah pinggang baru..Seperti yang Azmi dan keluarganya tahu bukan senang untuk mendapat buah pinggang baru dalam masa terdekat..Ada yang mengambil masa bertahun2..Sabar menunggu dan redha yang mampu Azmi lakukan ketika ini..

Pada satu hari di hospital sahabat karib Azmi iaitu Rashid telah datang melawat Azmi di wad..Tanpa sedar perbualan mereka terlalu lama sehingga habis waktu melawat..Di akhir perbualan mereka,Rashid telah memesan kepada Azmi bahawa sekiranya sahabatnya itu memerlukan buah pinggang baru,beliau sanggup untuk menderma sebelah buah pinggangnya..Azmi hanya mampu tersenyum dan kaku mendengar kata2 sahabatnya itu..
Setelah beberapa hari Azmi di dalam wad,Azmi dan keluarga telah menerima berita sedih dari keluarga sahabat karibnya Rashid,ya memang ini adalah realiti dan bukannya mimpi apa yang Azmi dengar dari mulut ibu Rashid bahawa sahabat karibnya itu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya..Azmi kelu lidah tidak bersuara,hanya dalam hati menyebut inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dengan linangan air mata..

 Keluarga arwah Rashid datang melawat Azmi di hospital..Membawa berita yang tidak disangka2kan oleh Azmi dan keluarganya..Arwah telah mengotakan janjinya kepada Azmi dengan membuat wasiat mengenai niatnya untuk menderma sebelah buah pinggangnya kepada Azmi..Sekali lagi jantung Azmi berdegup kencang mendengar berita tersebut dan sekali lagi air mata seorang sahabat mengalir tanpa sedar..Rashid seperti tahu bahawa dirinya akan pergi buat selama2nya,meninggalkan sahabat karibnya..
Pada hari tersebut juga,doktor dan staffnurse telah bergegas untuk persiapan pembedahan pemindahan buah pinggang..


Lebih kurang 6 jam di dalam dewan bedah,pembedahan berjaya dilakukan oleh doktor2 pakar..Azmi dipindahkan ke ICU untuk pemantaun yang lebih..Azmi telah sedar setelah sehari di dalam ICU dan dalam keadaan stabil..Ini menunjukkan Azmi mempunyai semangat yang kuat dan buah pinggang yang diterimanya sesuai untuk Azmi tanpa sebarang masalah..Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali..
Hari ketiga,doktor memberitahu Azmi bahawa Azmi telah stabil dan akan dipindahkan ke wad biasa untuk perawatan selanjutnya..Hari demi hari,Azmi telah pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan seperti orang lain seperti biasa..Walaupun masih terkejut dengan pemergian Rashid tetapi Azmi tetap tidak akan lupa bahawa sahabat karibnya sentiasa 'berada' didalam dirinya buat selama2nya..

Alhamdulillah,kisah ini telah menyedarkan sha tentang erti persahabatan yang sebenar..





Monday, May 6, 2013

Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13~


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.






Sunday, May 5, 2013

"Segmen Blogwalking and Follow"


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia..

Harini sha join satu segmen yg AWESOME! Jom kita join segmen ni ramai2..
SELAMAT BERKENALAN DAN SELAMAT BERBLOGGING SEMUA!


klik banner untuk join




Friday, May 3, 2013

Wanita Ini Dedahkan Kisah Hidup Beliau Ketika Dijaga Monyet Dalam Hutan~

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...


YORKSHIRE 31 Mac - Seorang suri rumah di sini mendedahkan pengalamannya menjadi 'gadis Tarzan' ketika kecil selepas diculik daripada keluarganya dan dibuang ke dalam hutan Colombia.

Marina Chapman, dalam buku nukilannya, The Girl With No Name: The Incredible True Story of the Girl Raised by Monkeys, yang disiarkan secara bersiri oleh akhbar The Mail, menceritakan bagaimana sekumpulan monyet jenis capuchin menjaganya di dalam hutan selama lima tahun selepas dia ditinggalkan di hutan itu ketika berusia empat tahun.


Menurutnya, kumpulan monyet itu mengajarnya kelangsungan hidup dalam hutan termasuk mencari makanan, berkomunikasi, memanjat dari satu dahan ke satu dahan dan tidur di atas pokok.

"Semuanya berlaku dengan pantas sekitar tahun 1950-an. Saya melihat lelaki berkulit hitam memegang kain putih dan kemudian saya terbau bahan kimia yang sangat kuat. Selepas itu saya tidak lagi sedar apa yang berlaku," katanya.

Selepas terjaga, Chapman mendapati dirinya berada di dalam sebuah trak bersama beberapa kanak-kanak lain sebelum dibuang ke dalam hutan oleh lelaki yang tidak dikenali.

Pagi kedua berada di dalam hutan, dia terjaga dan berasa sangat lapar, namun berasa terkejut selepas mendapati sekumpulan monyet mengelilinginya.

Pada mulanya kumpulan monyet itu melihatnya dalam keadaan pelik, namun haiwan itu tidak menyerang, tetapi mendekati dirinya.

Disebabkan monyet tersebut memiliki makanan, Chapman sedar dia perlu mengikuti cara haiwan itu untuk terus hidup atau dia akan mati kerana kelaparan.

"Hari demi hari saya menunggu ibu bapa saya datang untuk menyelamatkan saya, namun mereka tidak muncul. Harapan saya semakin lama semakin hilang, malah saya berasa selesa bersama kumpulan monyet itu," katanya.

Selepas beberapa tahun di dalam hutan, dia mula berani meneroka kawasan lebih jauh daripada kebiasaannya sehingga bertemu dengan kumpulan manusia yang menghuni pinggir hutan dan akhirnya tinggal bersama keluarga tersebut.

Chapman mengakui dia mempelajari banyak perkara di dalam hutan, terutama sekali mengenai kehidupan berkeluarga, kasih sayang dan perhatian. - AGENSI




Thursday, May 2, 2013

KERJAYA SEORANG JURURAWAT



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...


Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.

Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan? Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak? Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda? Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat. Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat? Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit. Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih. Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli. Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain. Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik. Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja. Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa. Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri. Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja. Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga. Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti? Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati. Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit. Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja. Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja. Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja. Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari. Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi. Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?


Wednesday, May 1, 2013

ALL ABOUT ME,SHAKIRA



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...

SATU RUMAH WAJIB SATU POWERBANK!



POWERBANK YOOBAO 13000mAh

1 pcs RM150 rm120 + Postage

Specifications:
- Product name: YOOBAO Transformers power bank
- Suitable for mobile phones, iPhone, iPad, cameras, HTC, Tablet, SAMSUNG, Blackberry, Nokia, PSP / NDSL, and MP3/MP4 players
- Capacity: 13,000mAh
- Battery Cell: Polymer
- Device type: external battery pack
- Input: 5V DC, 1,000mA
- Output: 1,000mA;1,500mA
- Color: Black

Set contains:
- Power bank (13,000mAh)
- One Connectors: Apple
- Micro USB cable
- Power Adapter

Features:
- Slim and easy to carry
- High capacity, rechargeable, and universal power pack
- Keep talking and keep playing longer
- Five LED indicators show battery’s real time capacity
- Elegant and executive designed make it looks fashionable and smart
- Package with two connectors, you can power and recharge your mobile or PDA, iPod/iPhone/iPad, PSP, MP3/MP4 players, digital camera and other mobile devices anywhere
- Flexible recharging of power pack via notebook USB port or wall adapter with USB charging cable
- Automatic recover function for your battery capacity of mobile phone or other device
- Meet all related safety standard, have CE, ROHS, FC certificates

6 Month Warranty

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KLIK DISINI,TQ

**Berminat? Mesej/WhatsApp sha di no : 013-5958276

Tuesday, April 23, 2013

Pelakon Home Alone Jadi Pengemis?



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...


PELAKON yang cukup popular menerusi filem Home Alone, Macaulay Culkin, dilaporkan merayau-rayau di Kota London sehingga mendatangkan kebimbangan kepada rakannya.

Menurut sumber, pelakon berusia 32 tahun ini kelihatan seperti seorang pengemis yang tidak mempunyai tempat tinggal.

“Selepas berparti bersama rakannya, dia menghilangkan diri dan keluar berkeliaran seorang diri.

“Apabila dihubungi rakannya, dia memberitahu sedang bersiar-siar namun keadaannya menggambarkan dia seperti seorang pengemis.


“Malah, rakannya sendiri tidak mengenali dia ketika itu,” kata sumber itu. – Sinar Harian


Friday, April 19, 2013

Segmen template paling cantik , kemas dan ringan 2013




Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...



Klik banner untuk Join!

pemenang dipilih 50 % berdasarkan template tercantik dan random .. ok

Hadiahnya ..

topup rm 10x6  topup rm5x8 , keychain felt craft x2 , keychain melaka x3 

dan rm 30 cash serta rm 10x2 cash


Jom hangatkan segmen ni ..











Wednesday, April 10, 2013

fast is cepat segmen 1.0

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia....

                                                           Join GA lagi dan lagi dan lagi! from Dysha
 Klik banner untuk join!



" fast is cepat segmen 1.0"
berlansung selama dua hari 
9-11 april 2013
jam 12 am 


hadiah dan pemilihan pemenang.
  • cash Rm10 = 1 pemenang [ top referrel ]
  • 1 notebook ecogreen = 1 pemenang [random ]
  • 2 button badge =2 pemenang [random ]
  • 5 sticker = 5 pemenang [random ]
  • 2 bamboo bookmark = 2 pemenang  [random]

total 11 pemenang



Monday, April 8, 2013

1st Giveaway by Nabihah Ahmad


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia....

Dah lama juga sha tak join GA or contest..tertarik ngan GA by NABIHAH AHMAD ni plak..Jom join skali,banyak hadiah menarik menanti pemenang!
Klik banner untuk join!


Tarikh mula : 5/4/2013 (Jumaat)
Tarikh tamat : 13/04/2013 jam 11.30 malam (sabtu)


Guangzhou,China

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia....

Alhamdulillah,berjumpa lagi kita pada hari minggu yang sangat bermakna bagi sha coz bukan senang dapat cuti kebetulan pada hari sabtu ahad(walaupun husband sha keje).So,sha ada kelapangan untuk kongsi pengalaman sha semasa bercuti di Guangzhou pada tengah bulan 3 aritu(baru harini ada kelapangan ye)
Rase macam mimpi dan terapung2 di awangan bila husband sha ajak ke Guangzhou..Bukan ape ,jadi cmtu coz sha xpenah ke luar negara..dan ni adalah peluang yang sha xakan lepaskan..sebelum husband sha tukar mood,dengan cepat dan pantas tanpa fikir panjang sha terus setuju nak ikut..hehe..Selepas saje sha setuju je,husband sha siap pesan dan nasihat supaya pegi sane bukan untuk menghabiskan duit or shopping macam2 coz tujuan utama g sane ialah untuk membeli/memborong barang2 untuk bisnes husband sha dan kawan2nya..hmm ingat boleh  bershopping sakan(bukan selalu dapat g kn?)
Sebulan nak g memang xde perasaan sangat,lagipun bz dengan keje so sha lupe dan xsedar yg lagi sebulan sha dan husband akan bertolak ke Guangzhou..Tik tok Tik Tok,lagi seminggu iaitu 13hb Mac sha akan ke negara orang..Urusan passport dan visa telah disettle oleh husband sha semua..pertukaran duit pun telah dibuat..sha bz dengan persiapan dari segi bekalan/makanan/pakaian dan macam2 lagila,husband sha plak bz dengan pengiraan bajet dan pengasingan duit2 untuk berbelanja di sana nanti..

Di tempat keje sha bermula la episod pesan memesan samada cenderahati ataupun ape2 saje barang2 kenangan semasa di Guangzhou nant..Insya'Allah sha bagtau diorg sha xjanji untuk beli semua tu coz sha pegi sane bukan untuk bercuti atau berhoneymoon tetapi sha pegi ikut orang berbisnes,so sha akan cuba usaha juga untuk cari barang2 yg diorg pesan,insya'Allah ye kwan2...
Ok,13/03/13 adalah tarikh yg ditunggu2..Kami bertolak dari selayang pukul 4.30pm ke rumah kawan husband kat kajang..kawan husband sha tu pun bawak isteri,so 2 couple saje la yg pegi..tunggu diorang balik keje dan bersiap trus ke LCCT airport..Pendek cerita naik flight kul 10 malam dan sampai Baiyun Airport pukul 2.30am lebih kurang cmtu la..4 jam 20minit katenye..
Sampai airport terus naik teksi ke Clivia Hotel,perjalanan lebih kurang setengah jam jgak..Bad news,hotel yg ditempah melalui phone penuh! Memang xpatut coz pengurus hotel telah bagi kepada rombongan lain yg datang lebih awal lagi..Misi mencari hotel yg berdekatan(jalan kaki) memang memenatkan coz kebanyakan hotel full!,Alhamdulillah jumpa gak hotel budjet di tepi2 lorong,ok la just untuk rehatkan badan dan mandi..
Keesokannya,check out dan terus ke Clivia Hotel untuk check in sane coz dengar2 khabar ada orang nk check out pagi2..Syukur alhamdulillah 2 bilik kosong dan check in..Tanpa buang masa misi untuk memborong bermula sehingga seminggu!














































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Segala yang tercatat dalam blog ini adalah HAKMILIK : kkshakira.blogspot.com