My Supergirls and Superheros~

Thursday, January 31, 2013

"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..
HADIAH OHSEM MENANTI ANDA!
Klik banner untuk join :-)
 Tarikh akhir segmen nie akan ditutup pada pukul 2359 hrs pada 28 February 2013....(sebulan)







Wednesday, January 30, 2013

Kepada yg tengah bosan~


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..




Kepada sape2 yg tengah bosan tak tau buat ape tu :

Jom layan movie : Klik SINI

Kongsi entry blog di facebook dan nak bace entry yg menarik LIKE PAGE INI



♥ WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG ♥


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..






Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang / Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya.

Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi diatas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam...

-She should be thankful... she got the forgiveness from her husband-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


Sumber klik di SINI

Tuesday, January 29, 2013

Lokasi berdating bersama En.Suami tahun 2012~

Aku saje yg muka cuak!
snow world genting~
Naik bot~
London versi Genting~


Berjimba2 di Genting Highland





Dating di Bukit Tinggi,Pahang~


Bercuti di Cherating 3hari 2mlm..Gambar pamplet je mampu snap~ haha!

Alhamdulillah,cukup untuk tahun 2012..
Tahun 2013 trip ke overseas,insyaAllah..

Sunday, January 27, 2013

Kerja di Hari Minggu~


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

Selamat Hari Thaipusam kepada kwn2 beragama Hindu yg menyambut Perayaan Thaipusam..Ok,hari yg indah ni sha memang jeles la dengan korang yang cuti dan sungguh bahagianya tgk org lain bersuka ria di hari minggu,sha plak bekerja double shift..pegi kerja ptg ni dan balik esok pagi..lalala..

Memang ohsem!!

Selamat bercuti kepada yg cuti,dan Selamat bekerja kepada yg bekerja macam saya!Jom Berkhidmat Untuk Negara!

Wednesday, January 23, 2013

FIRST GIVEAWAY BY FASYA FASYU 2nd Edition !


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :-)



Kepada kawan2 sume nk hadiah menarik tak? Jom join GA ni..Hadiah yg menarik menanti anda!

Hadiah:
- 1 helai shawl !
- 2 helai bawal printed !
- Topup RM5 utk 3 org peserta yg bertuah ! 
#Pemenang akan dipilih oleh random.org . Kira macam cabutan bertuah laa.

Due date:
31 Januari 2013 | 12 tengahari


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

GOOD LUCK!


Segmen : "Blogwalking Plus Likers".




Satu hari satu segmen..Best jugak coz boleh tambah kwn dan eratkan hubungan sesama kita..Alhamdulillah dengan join segmen macamni follower sha telah meningkat dari sehari ke sehari..Rugi kalau xjoin..Credit to penganjur segmen ni iaitu Adam faiz..

Jgn lupa LIKE fanpage sha..Klik di SINI! dan SINI!

Tarikh Tutup: 30/01/2013 tepat jam 2.00 petang :)



Salam Maulidur Rasul~




Multi-styled Text Generator at TextSpace.net




Esok, 24 Januari bersamaan 12 Rabiul Awal 1434 H, kaum Muslim di seluruh dunia akan mengingati satu peristiwa penting anugerah Allah kepada seluruh manusia, iaitu kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di negara kita pada tahun ini bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Al-Quran menyatakan bahawa kelahiran baginda membawa rahmat ke seluruh alam. Baginda dilahirkan pada hari Isnin dalam tahun Gajah atau menurut ulamak dan sejarawan Islam pada 12 Rabiul Awal.

Baginda dilahirkan dari rahim suci seorang ibu yang pengasih dan penyayang, iaitu Siti Aminah. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapa baginda, Abdullah meninggal dunia sebelum kelahiran baginda. Ketika baginda berusia enam tahun, ibu baginda pula meninggal dunia lalu baginda dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutalib. 

Ketika Nabi berusia lapan tahun datuknya pula meninggal dunia dan baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Al-Quran merakamkan keyatiman Rasulullah SAW yang bermaksud; “Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu ia memberikan perlindungan” (Ad-Dhuha:6).

Baginda dilantik menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Ketika baginda sedang tidur di Gua Hira, malaikat Jibril datang menemui Rasulullah SAW dengan membawa sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan di mana Jibril turun membawa wahyu kepada baginda.

Jibril berkata: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” (Al-Alaq: 1-5). Rasulullah wafat pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal, ketika baginda berumur 63 tahun

Tuesday, January 22, 2013

AGM PUSPANITA KKM~


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ok,last entry tuk malam ni..sha pn dh ngantuk..sebelum masuk tdo tu nk kongsi gambar2 ngn my fren iaitu umey hafizan (klik nama untuk link FB) dan emel  (klik nama untuk link FB)..Gambar ni diambil masa kami sertai rombongan cik kiah ke putrajaya.He3..
Sebenarnya hari ni kami menghadiri Mesyuarat Agung PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA kali ke - 30..









P/S : Semua gambar ni mcm xde kne ngn mesyuarat PUSPANITA pun kn? kn? INI SEMUA POYO!
   

Cegah penyakit ini! Pneumonia~



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia



Entri harini berdasarkan pengalaman sha bekerja di hospital..nk kongsi maklumat mengenai penyakit yang jarang org biase dgr tapi yang selalu kami jururawat2/doktor di hospital /terima..yela kan nama bekerja kt hospital mest la tau kn..iaitu penyakit Pneumonia yg selalu terjadi di kalangan dewasa dan kanak-kanak.Apakah Pneumonia? Nama mcm sedap je kn? tp jgn bg nama anak plak..he3..
Pneumonia adalah jangkitan/radang paru2 yg boleh membawa maut! terutama si kecil dan golongan tua. Sumber mengatakan setiap 20 saat boleh meragut 1 nyawa si kecil..Merupakan satu angka besar dan menakutkan,menjadikan penyakit ini adalah pembunuh nombor 1 di dunia bagi kanak2 bawah 5 tahun.
Tanpa kita sedar,penyakit ini bebas berkeliaran dengan pantas membunuh manusia kerana ia merebak secara perlahan yang bermula dengan selsema,batuk atau demam biasa sahaja.
Ok,sekarang kita nk tau mengenai simptom2/gegala,rawatan dan langkah pencegahan.


SIMPTOM-SIMPTOM
  • Demam,batuk lebih seminggu kadangkala demam sahaja diikuti dengan batuk yang tidak surut selama 3 hari.Kadang2 demam dan batuk datang secara serentak
  • Anak tidak aktif dan kurang selera makan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sering merengek(bayi dan kanak2)
  • Pernafasan berbunyi dan kelihatan tercungap2
  • Sejuk
  • Sakit dada
  • Dalam kes ekstrem/teruk bibir dan kuku jari berwarna kebiruan atau kelabu
RAWATAN
  • Selalunya kanak2 akan diberikan vaksin menentang pneumonia.Di Malaysia,vaksin pencegahannya tidak tersenarai dalam carta imunisasi kebangsaan,jadi kebanyakan ibu bapa mendapatkannya di hospital swasta.
  • Antibiotik yang diarahkan oleh doktor yang selalunya membantu melegakan
LANGKAH PENCEGAHAN


  • Menjalani gaya hidup sihat
  • Mengutamakan kebersihan diri
  • Mengamalkan penyusuan susu ibu
  • Elak di kawasan sesak
  • Menutup hidung ketika cuaca buruk



FAKTA
* Sebanyak 98 peratus daripada semua kematian kanak-kanak membabitkan pneumonia berlaku di negara membangun.
* Pneumonia boleh dicegah. Lebih sejuta nyawa kanak-kanak boleh diselamatkan menerusi penggunaan vaksin dan antibiotik, mengurangkan pencemaran udara dalaman dan melalui penyusuan susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama hidup.


                                                                                                                          
                                                                                                                Sumber :KKM

Segmen : Jadikan Follower Overload


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..




Harini sha join 1 segmen lagi untuk tambah followers atau erti kata lain segmen jadikan follower overload bak kata penganjur..he3..

Jom la join boleh eratkan silaturrahim dan memeriahkan suasana..

Nak join klik SINI atau banner di atas!

Tarikh tutup : 21 Feb 2013
kepada penganjur dan kepada anda yang follow sha..


Monday, January 21, 2013

Cadangan untuk Hadiah Ulangtahun Perkahwinan





Genap 7 hari lagi iaitu hari ulang tahun perkahwinan kami selama SETAHUN.Pejam celik pejam celik dh setahun kita bersama.Bermula la episod dimana kepala otak sha memikirkan hadiah apa yang perlu sha bagi kt suami.
Yang pasti sha nk bagi sesuatu hadiah yg romantik dan sweet untuk suami tercinta.
Pada entri kali nie sha nk mintak cadangan la dari kwn2 blogger semua untuk senaraikan ape hadiah yang selalu org bg bila sambut ulangtahun perkahwinan.Mungkin juga dari pengalaman anda sendiri.
Antara hadiah2 yg sha pikirkan xperlu untuk bg ialah : jam tangan(dh ada 2-3),baju(baru je beli),hanset(ada 3),perfume(yg ade pn tak terpakai).Bukan xnk bg cuma rasenye mcm membazir je coz benda yg ada pun xterpakai.Rasenya klu bg mest akan berabuk didlm almari.Hmm...
Hope apa yang anda cadangkan akan berguna untuk saya nanti..Thanks ya!!


Rase cm baru semalam nikah..he3..

Sunday, January 20, 2013

Awas! Leptospirosis (penyakit kencing tikus)
























Memandangkan sha bekerja sebagai staffnurse dan berjumpa dengan pelbagai penyakit,kt sini sha nk kongsi la satu info yang berguna kepada korang semua tentang penyakit leptospirosis..Memang tempat sha bekerja selalu la berjumpa dengan pesakit yang mengalami simptom2 penyakit ini.Bukan saja dtg dengan simptom2 saja tetapi lebih dasyat kuman tersebut telah merebak ke seluruh organ2 dalaman dengan lebih cepat sehingga telah menyebabkan maut.Tanpa merapu lebih byk lagi,sha teruskan la kepada pengenalan leptospirosis,punca jangkitan,cara jangkitan,pencegahan dan tanda-tanda orang yg telah dijangkiti kuman ini.

 PENGENALAN-Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh kuman Leptospira

PUNCA JANGKITAN-Kuman Leptospirosis boleh terdapat dalam air kencing haiwan mamalia          yang terjangkit seperti : Tikus,Kucing,Anjing,Lembu,Kambing,Khinzir,Kuda dan haiwan2 lain

CARA JANGKITAN-Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah / kontak secara langsung dengan air / air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.Manusia juga boleh dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.Tempoh inkubasi adalah selama 5-14 hari.

TANDA-TANDA-Pesakit boleh mempunyai pelbagai gejala jika dijangkiti kuman leptospira seperti :Demam,Sakit Kepala,Loya dan muntah,Sakit otot,Kemerahan pada mata,ruam kulit,sakit pada abdomen,batuk,sakit pada betis,jaundis(mata kuning),air kencing berwarna kehitaman.

PENCEGAHAN-Menjaga kebersihan persekitaran rumah,tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus,mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan,sebelum makan dan selepas ke tandas..Mencuci tangan ,kaki dan anggota badan lain degan sabun selepas bekerja di kebun,membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir.Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna.Jangan bermain air dan lopak terutama selepas banjir.Segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai tanda2.




Insomnia~



Tik Tok Tik Tok! Jam dah pukul 2.43am,aku masih mengadap PC lagi..ok,aku mungkin menghadapi INSOMNIA..ape maksud insomnia..


Insomnia adalah penyakit ganguan tidur atau dalam erti kata lain susah nak tidur. Ianya biasa disebabkan gangguan stress, tekanan perasaan dan juga banyak memikirkan permasalahan. Kadang-kadang kita sudah berada di katil, tetapi mata masih tidak terlelap. Lagi teruk sekiranya setelah hampir 1 jam atau dalam jangka masa yang lama, masih tidak dapat melelapkan mata.
Cara Mengatasi :
  1. Cuba elakkan dari minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.
  2. Cuba pasang lagu berentak slow yang boleh menyebabkan anda terlena.
  3. Minum susu suam sebelum tidur.
  4. Pastikan tidur dan bangun tepat pada masanya, jangan melewatkan tidur anda.
  5. Jangan melakukan kegiatan fizikal berlebihan di malam hari.
  6. Jika tidak dapat tidur setelah 30 minit berlalu, bangun dan cuba lakukan aktiviti yang tenang boleh menyebabkan anda mengantuk. Setelah itu, kembali tidur seperti biasa.
  7. Pastikan suasana tempat tidur anda selesa.
  8. Elakkan dari tidur di siang hari, jika terasa ingin tidur juga, maksimum 30 minit sudah mencukupi.
  • Jika boleh, jangan mengambil ubat tidur kerana ia boleh membawa kemudaratan pada jangka masa yang panjang.

Penyakit ini membawa implikasi kurang baik dalam kehidupan kita contohnya seperti lewat bangun, gagal menghadirkan diri pada satu-satu perjumpaan, ketinggalan kelas, selalu mengantuk di siang hari dan lain-lain lagi....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Segala yang tercatat dalam blog ini adalah HAKMILIK : kkshakira.blogspot.com