My Supergirls and Superheros~

Sunday, January 20, 2013

Awas! Leptospirosis (penyakit kencing tikus)
























Memandangkan sha bekerja sebagai staffnurse dan berjumpa dengan pelbagai penyakit,kt sini sha nk kongsi la satu info yang berguna kepada korang semua tentang penyakit leptospirosis..Memang tempat sha bekerja selalu la berjumpa dengan pesakit yang mengalami simptom2 penyakit ini.Bukan saja dtg dengan simptom2 saja tetapi lebih dasyat kuman tersebut telah merebak ke seluruh organ2 dalaman dengan lebih cepat sehingga telah menyebabkan maut.Tanpa merapu lebih byk lagi,sha teruskan la kepada pengenalan leptospirosis,punca jangkitan,cara jangkitan,pencegahan dan tanda-tanda orang yg telah dijangkiti kuman ini.

 PENGENALAN-Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh kuman Leptospira

PUNCA JANGKITAN-Kuman Leptospirosis boleh terdapat dalam air kencing haiwan mamalia          yang terjangkit seperti : Tikus,Kucing,Anjing,Lembu,Kambing,Khinzir,Kuda dan haiwan2 lain

CARA JANGKITAN-Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah / kontak secara langsung dengan air / air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.Manusia juga boleh dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.Tempoh inkubasi adalah selama 5-14 hari.

TANDA-TANDA-Pesakit boleh mempunyai pelbagai gejala jika dijangkiti kuman leptospira seperti :Demam,Sakit Kepala,Loya dan muntah,Sakit otot,Kemerahan pada mata,ruam kulit,sakit pada abdomen,batuk,sakit pada betis,jaundis(mata kuning),air kencing berwarna kehitaman.

PENCEGAHAN-Menjaga kebersihan persekitaran rumah,tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus,mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan,sebelum makan dan selepas ke tandas..Mencuci tangan ,kaki dan anggota badan lain degan sabun selepas bekerja di kebun,membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir.Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna.Jangan bermain air dan lopak terutama selepas banjir.Segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai tanda2.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Segala yang tercatat dalam blog ini adalah HAKMILIK : kkshakira.blogspot.com