My Supergirls and Superheros~

Friday, February 1, 2013

Movie :The Last Stand yang best!



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia










Lepas keje malam baru ni(cuti 3ari),sha ajak husband sha tgk midnight movie..Movie start pukul 11.50 malam,masa tu husband sha keje petang balik kul 11.30 malam..Jadi kami pun rushing ke TGV JJ Kepong..Sampai sana tepat kul 12 mlm..Kami ni sampai berlari2 anak ke kaunter beli tiket..Lepas pilih movie yg kami nk tengok iaitu THE LAST STAND,kami pun lagi sekali berlari2 anak ke bilik panggung(termengah2 jugak la)..
Ok,sha nk bagi sinopsis la pasal citer ni..Sebelum tu sha nk bagi   la kat citer ni!


Movie ni mengisahkan tentang Sheriff Ray Owens lakonan Arnold Schwarzenegger yang telah meninggalkan jawatan beliau sebagai polis narkotik LAPD selepas satu operasi yang telah mengorbankan keseluruhan pasukan elit beliau..

Disebabkan insiden itu, beliau kembali ke bandar kecil SOMMERTON yang berhampiran dengan sempadan AS-Mexico. Masalah timbul apabila, Gabriel Cortez (Eduardo Noriega) penjenayah kartel dadah yang terkenal telah berjaya melarikan diri dari FBI dan cuba melintasi sempadan ke Mexico dengan menggunakan kereta  Corvet ZR1 . 

Percubaan untuk melepasi sempadan ini mendapat bantuan tentera upahan yang diketuai oleh Burrell Berais (Peter Stormare). Cortez memecut ke arah sempadan AS-Mexico pada kelajuan tinggi melalui pekan kecil Summerton Junction, di  seluruh penguatkuasaan undang-undang US termasuk Agen FBI iaitu John Bannister (Forest Whitaker) hanya mempunyai satu peluang terakhir buat mereka untuk memintas Cortez sebelum beliau merentasi sempadan buat selama-lamanya. 
Apakah kesudahan filem ini??
Sha suggest untuk korang pegi la tengok ye(kepada yg suka filem aksi)..Tak rugi,memang best! Banyak aksi2 tembak-menembak dan kelakar..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Segala yang tercatat dalam blog ini adalah HAKMILIK : kkshakira.blogspot.com