My Supergirls and Superheros~

Thursday, May 16, 2013

KISAH BENAR : ERTI PERSAHABATAN YANG SEBENAR~


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia.

Sepanjang sha bekerja sebagai jururawat,ini adalah kisah yang paling menghayat hati yang pernah sha dengar..Cerita ini adalah kisah sebenar dari pesakit kami..
Pada tarikh 10 Mei ,kami menerima seorang pesakit yang baru sahaja selesai pembedahan pemindahan buah pinggang(renal transplant)..Pesakit tersebut berumur 18 tahun yang bernama Mohd Azmi(bukan nama sebenar)..
Ada kisah disebalik buah pinggang Mohd Azmi..

Mohd Azmi telah mengetahui bahawa beliau mendapat penyakit kegagalan buah pinggang akibat kesan ubat yg dimakannya(xingat ubat ape)..Ini mengakibatkan beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk admit wad untuk beberapa hari untuk pemantauan..Dan paling menyedihkan Azmi terpaksa menunggu giliran untuk dapat buah pinggang baru..Seperti yang Azmi dan keluarganya tahu bukan senang untuk mendapat buah pinggang baru dalam masa terdekat..Ada yang mengambil masa bertahun2..Sabar menunggu dan redha yang mampu Azmi lakukan ketika ini..

Pada satu hari di hospital sahabat karib Azmi iaitu Rashid telah datang melawat Azmi di wad..Tanpa sedar perbualan mereka terlalu lama sehingga habis waktu melawat..Di akhir perbualan mereka,Rashid telah memesan kepada Azmi bahawa sekiranya sahabatnya itu memerlukan buah pinggang baru,beliau sanggup untuk menderma sebelah buah pinggangnya..Azmi hanya mampu tersenyum dan kaku mendengar kata2 sahabatnya itu..
Setelah beberapa hari Azmi di dalam wad,Azmi dan keluarga telah menerima berita sedih dari keluarga sahabat karibnya Rashid,ya memang ini adalah realiti dan bukannya mimpi apa yang Azmi dengar dari mulut ibu Rashid bahawa sahabat karibnya itu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya..Azmi kelu lidah tidak bersuara,hanya dalam hati menyebut inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dengan linangan air mata..

 Keluarga arwah Rashid datang melawat Azmi di hospital..Membawa berita yang tidak disangka2kan oleh Azmi dan keluarganya..Arwah telah mengotakan janjinya kepada Azmi dengan membuat wasiat mengenai niatnya untuk menderma sebelah buah pinggangnya kepada Azmi..Sekali lagi jantung Azmi berdegup kencang mendengar berita tersebut dan sekali lagi air mata seorang sahabat mengalir tanpa sedar..Rashid seperti tahu bahawa dirinya akan pergi buat selama2nya,meninggalkan sahabat karibnya..
Pada hari tersebut juga,doktor dan staffnurse telah bergegas untuk persiapan pembedahan pemindahan buah pinggang..


Lebih kurang 6 jam di dalam dewan bedah,pembedahan berjaya dilakukan oleh doktor2 pakar..Azmi dipindahkan ke ICU untuk pemantaun yang lebih..Azmi telah sedar setelah sehari di dalam ICU dan dalam keadaan stabil..Ini menunjukkan Azmi mempunyai semangat yang kuat dan buah pinggang yang diterimanya sesuai untuk Azmi tanpa sebarang masalah..Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali..
Hari ketiga,doktor memberitahu Azmi bahawa Azmi telah stabil dan akan dipindahkan ke wad biasa untuk perawatan selanjutnya..Hari demi hari,Azmi telah pulih sepenuhnya dan menjalani kehidupan seperti orang lain seperti biasa..Walaupun masih terkejut dengan pemergian Rashid tetapi Azmi tetap tidak akan lupa bahawa sahabat karibnya sentiasa 'berada' didalam dirinya buat selama2nya..

Alhamdulillah,kisah ini telah menyedarkan sha tentang erti persahabatan yang sebenar..





2 comments:

  1. Asalamualaikum.. ya amat menyayat hati kisah saudara Azmi.. juga ketelusan Allahyarham Rashid, Kita panjangkan doa kepada Allah agar Allahyarham Rashid ditempatkan ketempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Apa pun Allah memberi peluang buat saudara Azmi menikmati kehidupan ini yangmana terlalu ramai pesakit-pesakit buah pinggang diluar sana amat tipis sekali untuk memperolehi buah pinggang yang baru dan akhirnya terpaksa akur dengan 3 kali seminggu atau 12 kali sebulan menjalani dialisis dan setiap kali dialisis mengambil masa 4 jam. Malah sepanjang hayat terpaksa menjalani kehidupan sebegitu. Saudara/saudari yang dirahmati Allah.. sekiranya saudara/saudari sedang mengalami penyakit buah pinggang, sebelum di dialisis berusahalah untuk berubat.. Setiap penyakit pasti ada penawarnya, saya syorkan layari blog saya www.herbabelalaigajah.blogspot.com .. Mohon maaf kepada Admin.. saya bukan nak beriklan disini... saya hanya ingin berkongsi beberapa pengalaman yang pernah ditempuhi oleh pesakit-pesakit buah pinggang di blog saya. maafkan saya. Semoga Allah memberkati, merahmati tugas murni saudari dalam menangani pesakit-pesakit. Aaminnn

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedihnya... semoga arwah sahabatnya di tempatkan di kalangan roh org² yang beriman.. aaminn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Segala yang tercatat dalam blog ini adalah HAKMILIK : kkshakira.blogspot.com