My Supergirls and Superheros~

Thursday, February 21, 2013

Drama Korea 'Playful Kiss'


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Sekarang ni sha tengah cuti 3ari(selepas 3ari keje shift malam),jadi sha ada masa yang banyak untuk sambung tengok citer korea yang sha tengah layan sekarang ni iaitu 'PLAYFUL KISS'..Best giler la citer ni..kelakar dan sweet sangat jalan citer die..memang setiap ari sha teruja nk tgk..pantang ad masa terluang,mest sha masuk bilik,bukak laptop terus search viki.com(web untuk peminat2 korea) dan kalau dekat luar pun sha boleh tgk jugak citer ni coz sha dh download viki.com dalam hanset sha..So kt mane2 saje sha boleh layan drama korea..he3..
Kisah ni mengenai seorang gadis bernama Oh Ha Ni lakonan Jung So Min pelajar kelas 7 telah jatuh hati kepada lelaki yang popular dan bijak iaitu Baek Seung Jo lakonan Kim Hyun Joong pelajar kelas 1 sejak pertama kali melihat lelaki tersebut..Ha Ni telah meluahkan perasaannya melalui surat tetapi telah ditolak oleh Seung Jo yang membenci perempuan bodoh..Pada satu hari,gempa bumi ringan telah berlaku dan menyebabkan rumah Ha Ni musnah..Kebetulan kawan ayah Ha Ni telah mengajak mereka untuk tinggal bersama sementara dapat rumah baru..Nak dijadikan cerita,kawan ayah Ha Ni adalah ayah kepada Seung Jo,lelaki pujaan Ha Ni..Sekarang mereka berdua harus hidup bersama dalam senang dan kekacauan yang dilakukan oleh Ha Ni dan dalam masa yang sama Hani cuba untuk memikat Seung Jo..Nak tau ending citer ni jom layan dari episod 1 hingga 16..Scroll bawah sekali untuk tengok..







Klik untuk tengok drama dari episod 1 hingga 16





Samarinda : Surat Dari Langit Biru

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Sekarang ni sha dan suami tengah layan drama terbaru dalam slot samarinda TV3 yang bertajuk 'Surat dari Langit Biru'.Cerita ni membuatkan sha menitis air mata,rase macam sha pulak yg alaminya..Kisah kasih sayang adik beradik hingga akhirnya seperti peribahasa 'Air yang dicincang xkan putus'.


 Drama bersiri 15 episod terbitan Rashbir Media yang mendapat sentuhan skrip daripada Basri Musa menampilkan pelakon berbakat besar Johan As’ari sebagai Zarul bergandingan dengan Yana Samsudin sebagai Salmi. Turut membintangi drama tersebut ialah Fizo Omar (Heykal), Dato’ Rahim Razali (Pak Hassan), Fauziah Nawi (Mak Munah), Iqram Dinzly (Zamri), Tania Hudson (Lisa), Nabila Dally (Anis), Ika Nabila (Lydia) dan ramai lagi.

SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.
Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.
Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.
Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.
Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?
Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.
Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.
Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Segalanya bakal terjawab dalam SURAT DARI LANGIT BIRU yang akan disiarkan mulai 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam.

CONTEST SENYUMAN PALING MANIS BY SHAZRIZAL SHAHMY


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..




Jom join contest yang paling mudah dan simple..Jom join laju2!

Klik banner untuk join!

Gambar yang sha pilih untuk contest ni adalah :

"SENYUM SAYA NAMPAK LEBIH MANIS KALAU ADA ORANG YANG SELALU BUAT SAYA GEMBIRA DAN BAHAGIA"


TAG : HAZANIS 
           QASEH HAFIZAH









Tuesday, February 19, 2013

Suamiku Jururawat : Cerekarama TV3


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Sape2 tengok Cerekarama TV3 Suamiku Jururawat tak? Cerita yang sweet dan boleh membuatkan kita tersenyum,tersengeh sorang2 depan tv,termasuk empunya diri.he3..Memang banyak part2 comel lagi cute dalam cerita ni..Sape2 yang terlepas tgk tu xpe,download je dalam youtube..xrugi tengok!





Sinopsis :-Mengisahkan Mikhail anak tunggal Haji Abdul . Bapanya seorang tukang kebun di kediaman Dato' Shahrizal dan Datin Ila . Mikhail bercita-cita menjadi seorang doktor . Oleh kerana keputusan SPM Mikhail tidak memuaskan , Mikhail hanya mampu belajar dalam bidang kejururawatan saja . Setelah menjadi pelajar jururawat , bapa Mikhail meninggal dunia . Dato' Shahrizal nekad mengambil Mikhail sebagai anak angkat dan tinggal sebumbung bersamanya . Dato' Shahrizal sangat menyayangi Mikhail sehingga Datin Ila mencemburuinya . Mikhail kemudian dijodohkan dengan gadis pilihan ayahnya iaitu Suri seorang doktor . Walaupun tak rela , mereka berkahwin juga . Tanpa diduga , Suri dan Mikhail bekerja di hospital yang sama . Suri tidak mahu dikenali sebagai isteri Mikhail di hospital . Pada masa yang sama , Mikhail cemburu melihat Suri rapat dengan doktor lelaki di sana.

Segmen: Join Bloglist Ain bulan Feb - Mac!!!


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Nak jadi bloglist Ain x?
 Mudah sahaja syarat2nya. So kalau anda nak masuk dalam bloglist Ain(penganjur segmen) sepanjang bulan Februari hingga Mac ini, mari klik banner di bawah ini. Tiada had, semua orang boleh masuk, hehe.








Sunday, February 17, 2013

Selamat Pengantin Baru~


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Setelah seminggu lebih cuti berblogging,harini sha nk kongsi gambar2 sepanjang perkahwinan adik ipar sha(adik suami) yang berlangsung pada 10hb Feb(Ahad) dan 13hb Feb(Rabu)(sebelah lelaki) baru2 ni..

Tahniah buat Syura dan Shukri,Selamat Pengantin Baru buat korang dan semoga kekal bahagia hingga ke syurga! Amin



















Wednesday, February 6, 2013

Segmen: Ayu's Felt Craft


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..



Jom join segmen yang kiut lagi menawan ni :-)

Klik banner untuk join ye..Ada hadiah cute sangat!

Tarikh tutup penyertaan 16 Februari 2013

Tuesday, February 5, 2013

Impikan Samsung Galaxy Camera?


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Entry kali nie mengenai Samsung Galaxy Camera..Sebenarnya ni adalah gadget yg sha impikan..Impian tersebut ada bila husband ade cerita, kawan satu tmpat kerja die yg dh pakai Samsung Galaxy Camera..Rase jeles tu membuak2..He3..Macam2 function best camera ni..Siap boleh berfacebook bagai!
Memang teruja la sgt bila dengar husband citer..Rase cm nk beli sekarang jugak! (masalahnya ade ke duit???) Rasenye cm impian dan angan2 saje kot coz cm xmampu je tuk beli..Bak kate husband ,byk lagi benda penting yg kena beli dr gadget2 ni..Die dh pesan jangan membazir..Aduh,cm melepas je..Ke ada sape2 nk bg free kt sha ke..Haha..Mujur......


JARINGAN
2G Network N/A - 3G Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
4G Network LTE
BODY Dimensions 128.7 x 70.8 x 19.1 mm Weight 305 g
DISPLAY Type Super Clear LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size 720 x 1280 pixels, 4.8 inches (~306 ppi pixel density) - Multitouch Yes
Protection Corning Gorilla Glass - TouchWiz UI
SOUND - Alert types N/A - Loudspeaker Yes - 3.5mm jack Yes
MEMORY Card slot microSD, up to 32 GB - Internal 8 GB storage, 1 GB RAM

INTERNET DATA
GPRS No - EDGE No - Speed HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps; LTE (optional)
WLAN Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot - Bluetooth Yes, v4.0 with A2DP, EDR
NFC Yes - USB Yes, microUSB v2.0
CAMERA Primary 16 MP, autofocus, 21x optical zoom, pop-up Xenon flash, AF light
Features Wide-angle 23mm lens, geo-tagging, touch focus, face and smile detection, optical image stabilization - Video Yes, 1080p@30fps, 720x480@120fps slow-mo
Secondary No

FEATURES
OS Android OS, v4.1 (Jelly Bean) - Chipset Exynos 4412 Quad
CPU Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9 - GPU Mali-400MP - Sensors Accelerometer, gyro, compass
Messaging SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS - Browser HTML5
Radio No - GPS Yes, with A-GPS support and GLONASS
Java Yes, via Java MIDP emulator - Colors Black, White
- HDMI port - Active noise cancellation with dedicated mic
- TV-out (via MHL A/V link) - SNS integration - MP4/DivX/XviD/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player - Organizer - Image/video editor
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF) - Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa integration
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input (Swype)
BATTERY
Standard battery, Li-Ion 1650 mAh


Sunday, February 3, 2013

Pengalaman cabut gigi Geraham Bongsu~


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..



Sape2 yang penah rase sakit gigi tak..Sha rase kebanyakannya semua penah rase kn..Yang tak penah rase sakit gigi tu UNTUNG ARR..
Nak cerita pengalaman sha menderita sakit gigi selama berbulan2 pada taun lepas..cerita memang dah basi tapi baru teringat nk kongsi pengalaman sakit gigi dekat kawan2 semua..hee..(ayat tak boleh blah 'teringat' tu,tiba2 ad kesedaran untuk kongsi pengalaman)
Pada tahun lepas,dalam bulan 7 8 dan 9,sha mengalami sakit gigi yang melampau..buat kerja ape semua xjadi..semua jadi stress! Bukan itu saja,sha kerap jugak MC disebabkan SAKIT GIGI! Sakit gigi ni jenis sakit sampai nak pecah kepala..xtau nak gambarkan cmne..tapi memang orang cakap ,sakit gigi adalah sakit sakit yg KEDUA selepas sakit orang BERSALIN..ni senior2 sha yg gtau la..diorg pun ada pengalaman bersalin dan sakit gigi..dan memang xdinafikan oleh diorg yg sakit gigi memang tak tertahan sakitnya..
Tak nak cerita panjang,satu hari ajak husband cari klinik gigi berdekatan..memang payah nak cari coz xbyk yg ada kat area rumah sha ni..yg ad pun cuma PAPAN TANDA KLINIK GIGI,tapi naik g kedai intai2 dalam kedai rupanya dah jadi KEDAI GUNTING RAMBUT! Oh my Gucci!
Last2 jumpa klinik gigi satu ni,nasib baik coz tak ramai orang mase tu..terus jumpa dentist,cek punya cek punya belek punya cungkil,rupanya ada bad news yang dentist tu habaq mai 'Gigi bongsu awak ni dh impacted,means gigi bongsu awak tu tumbuh sepenuhnya dalam gusi! TETAPI tumbuh dalam keadaan senget! Masa tu tak dapat bayangkan cmne gigi sha yg tumbuh senget tu..So,dentist pun cakap kalau nk tau sha kena buat x-ray dulu..then baru boleh decided sama ada patut cabut atau tak..Sha pun tanye total buat semua tu dalam bape rm? dentist tu cakap sediakan dalam rm700 ++..Ok,trus ajak husband balik lepas nurse bagi pain killer..hee...
Keesokan harinya,gigi buat hal lagi! berdenyut2+sakit kepala,balik keje pagi ajak husband lagi usha2 klinik gigi lain kot2 jumpa yg murah dari semalam..kire nak survey dlu la konon,padahal dalam masa yg sama xsabar rasenye nk cabut,kalau boleh sha memang nak cabut dan selesai masalah! tak nak pikir dah..
Jumpa la klinik gigi ni...seperti biasa tak ramai yang ada untuk jumpa dentist,insan bertuah la ye coz boleh jumpa dentist cepat2..Cek punya cek punya belek punya cungkil(copypaste ayat td..he3),dentist pun cakap benda yang same cm dentist semalam(tak nak copypaste lagi,opps)..cuma harga die lagi up rm800+....hmm,cam biasa amik ubat trus balik dengan perasaan hampa coz kenapa la mahal sangat ye..
Cerita la dekat kawan2 kerja,diorg suggest untuk buat appoinment je kat hospital kerajaan...Masalah mula bertambah bila specialist sini bagitau yang gigi bongsu sha tumbuh senget bukan sebelah saje,tapi DUA2 BELAH GIGI BONGSU ATAS tumbuh senget dalam gusi..dan diorg suggest pulak kene cabut 4 batang gigi bongsu(tambah 2batang lagi kat bawah) coz nanti bila cabut atas saje,gigi bongsu bawah xde kawan untuk kunyah..dalam kes ni kalau sha xcabut gigi bawah,bila gigi atas dh xde,gusi kt atas tu akan bengkak(xtau la korang paham ke tak,huhu) tapi yang nyata gigi sha kene cabut 4 batang..semuanya GIGI BONGSU! dan kena buat operation bukan cabut cm kt klinik tu! specialist cakap kene buat operation kecil,takut bleeding ++ berlaku coz gigi sha tumbuh dekat nerve(urat saraf) potensi untuk bleeding ++ tu boleh berlaku mase proses cabut tu.
Sha kena admit wad pada 29/09/2012 dan 30/09/2012 sha kena masuk bilik operation..memang xdapat bayangkan perasaan sha mase tu,doa macam2..Masuk dalam bilik operation+doktor bius(anaest) inject ubat bius bagi sha xsedar+operation pun berjalan selama sejam lebih+tanpa sedar(intubated)
Sedar2 sha dah kat ruang pemulihan(recovery),alhamdulillah sha dah selamat..mase tu mulut rase kebas dan xrase pape..sampai la nurse hantar sha ke wad..Husband,mak,ayah setia menunggu..
Seminggu makan bubur,memang sakit teramat sangat! ++++ tak boleh makan pape selain bubur..lepas benang(suture) dibuang baru sha boleh makan dengan bangganya! he3..
Alhamdulillah,dengan izin Allah s.w.t sha dah tak rase sakit gigi sampai sekarang..hope sampai bile2..pengalaman yang tak dapat sha lupa dalam hidup sha..CABUT GIGI SAMPAI KENA OPERATION! + INTUBATED BAGAI!


Kat bawah ni contoh video camne gigi bongsu yg bermasalah sama ngan sha hadapi..dan camne gigi tu dicabut..





Segmen Suka-Suka By Nurul Atiqah


Asslamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN 

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!




Friday, February 1, 2013

Segmen Pantas AisyahHumaira



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Jom join Segmen Pantas ni..

Klik banner untuk join!


Tamat pada jam 1 petang esok [2/2/2013] 
Yup, memang segmen pantas, cuma 15 jam sahaja ! Siapa cepat dia dapat. hehe :D 
Hadiah kecik je : 2 X Topup RM5 
Tapi kalau lebih 100 yang join, Niera bagi 6 X Topup RM5
Oh,ya . Niera gunakan khidmat mr random :)

TAG : MEERA dan NABIELA





Segmen:Pencarian Bloglist Feb-Jun Mieya Atiera


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Klik banner untuk join!

Kelebihan : 
  • Meningkatkan trafik blog anda
  • Bagi mereka yang kaki komen blog Mieya Atiera,Mieya akan list kan url blog anda di bloglist kekal Mieya
  • Manakala semua peserta segmen akan jadi bloglist Mieya dari Feb-Jun
So? Apa tunggu lagi? Jom kita serbu!

 Tarikh tutup : 10 Mac 2013




Movie :The Last Stand yang best!



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia










Lepas keje malam baru ni(cuti 3ari),sha ajak husband sha tgk midnight movie..Movie start pukul 11.50 malam,masa tu husband sha keje petang balik kul 11.30 malam..Jadi kami pun rushing ke TGV JJ Kepong..Sampai sana tepat kul 12 mlm..Kami ni sampai berlari2 anak ke kaunter beli tiket..Lepas pilih movie yg kami nk tengok iaitu THE LAST STAND,kami pun lagi sekali berlari2 anak ke bilik panggung(termengah2 jugak la)..
Ok,sha nk bagi sinopsis la pasal citer ni..Sebelum tu sha nk bagi   la kat citer ni!


Movie ni mengisahkan tentang Sheriff Ray Owens lakonan Arnold Schwarzenegger yang telah meninggalkan jawatan beliau sebagai polis narkotik LAPD selepas satu operasi yang telah mengorbankan keseluruhan pasukan elit beliau..

Disebabkan insiden itu, beliau kembali ke bandar kecil SOMMERTON yang berhampiran dengan sempadan AS-Mexico. Masalah timbul apabila, Gabriel Cortez (Eduardo Noriega) penjenayah kartel dadah yang terkenal telah berjaya melarikan diri dari FBI dan cuba melintasi sempadan ke Mexico dengan menggunakan kereta  Corvet ZR1 . 

Percubaan untuk melepasi sempadan ini mendapat bantuan tentera upahan yang diketuai oleh Burrell Berais (Peter Stormare). Cortez memecut ke arah sempadan AS-Mexico pada kelajuan tinggi melalui pekan kecil Summerton Junction, di  seluruh penguatkuasaan undang-undang US termasuk Agen FBI iaitu John Bannister (Forest Whitaker) hanya mempunyai satu peluang terakhir buat mereka untuk memintas Cortez sebelum beliau merentasi sempadan buat selama-lamanya. 
Apakah kesudahan filem ini??
Sha suggest untuk korang pegi la tengok ye(kepada yg suka filem aksi)..Tak rugi,memang best! Banyak aksi2 tembak-menembak dan kelakar..



"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

JOM JOIN GA YANG MENARIK NI!


KLIK BANNER UNTUK JOIN DAN RAJIN2 KLIK LINK SPONSOR DI BAWAH YE~


TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013

PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. PENGANJUR (ALISHA) YANG AKAN CABUT UNDI (",)

P/s : Terima Kasih sebab sudi join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 (",)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Segala yang tercatat dalam blog ini adalah HAKMILIK : kkshakira.blogspot.com